TempahKek dikendalikan oleh Miracle Mikhael Enterprise, Malaysia. Hubungi kami: hello@tempahkek.com.
Untuk data customer anda, anda ialah pengguna data (data user) di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan kami memproses data itu bagi pihak anda untuk menjalankan TempahKek sahaja. Kami tak jual, sewa atau kongsi data customer anda untuk pemasaran.
Data disimpan di Cloudflare (pangkalan data D1). Pelayan mungkin berada di luar Malaysia. Sambungan sentiasa disulitkan (HTTPS).
Kami guna cookie sesi untuk log masuk. Di laman utama sahaja, jika anda tekan Terima, kami muatkan Meta Pixel (ukur iklan), Google Analytics 4 (trafik laman, tanpa Google signals) dan Microsoft Clarity (rakaman sesi & heatmap; semua input disembunyikan) untuk faham bagaimana laman digunakan. Kami juga simpan ID klik iklan (fbclid) selama 7 hari, kecuali jika anda tekan Tolak. Jika anda tekan Tolak, ia tidak dimuatkan. Meta Pixel tidak dimuatkan di halaman log masuk/daftar, di dalam app, link order customer atau halaman status. Bila anda mendaftar, pelayan kami menghantar satu acara pendaftaran ke Meta dengan emel dan ID akaun yang di-hash (tidak boleh dibaca), alamat IP dan jenis pelayar, hanya jika anda tekan Terima. Link order customer dilindungi Cloudflare Turnstile (semakan anti-bot) yang memproses alamat IP dan maklumat pelayar untuk tujuan keselamatan sahaja.
Jika anda pilih Teruskan dengan Google, Google menghantar kepada kami nama, alamat emel, status pengesahan emel dan ID akaun Google anda (skop openid email profile sahaja). Kami tidak menerima kata laluan Google, kenalan, fail atau akses lain kepada akaun Google anda. Nama Google digunakan sebagai nama akaun (dan nama kedai jika anda tidak isi). ID akaun Google disimpan untuk log masuk seterusnya dan dipadam bersama akaun anda; anda juga boleh memutuskannya di Tetapan → Akaun. Semasa log masuk, kuki sementara (10 minit) digunakan untuk keselamatan.
Kami hantar emel dari noreply@tempahkek.com melalui Cloudflare Email Service: emel selamat datang, link tukar kata laluan, dan maksimum 3 emel tips untuk mula guna (boleh dimatikan di Tetapan). Untuk faham bagaimana TempahKek digunakan, pelayan kami merekod acara asas (contoh: daftar, hantar cadangan) ke PostHog (EU) menggunakan ID kedai sahaja, tanpa nama, emel, telefon atau data customer, dan tanpa cookie di pelayar anda.
Selagi akaun anda aktif. Sesi tamat dalam 30 hari. Gambar bukti bayaran dipadam secara automatik 90 hari selepas order selesai atau dibatalkan (rekod jumlah bayaran kekal untuk akaun kedai). Order dari link yang tiada deposit dibatalkan secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan oleh kedai. Anda boleh padam akaun sendiri di Tetapan → Padam akaun. Data akaun dan data customer kedai anda terus dipadam, kecuali salinan sandaran yang dipadam secara berperingkat (maksimum 30 hari). Selepas padam akaun, kami simpan hanya ID pelanggan/langganan Stripe (tanpa nama atau emel) selagi perlu untuk memastikan langganan dibatalkan dan tiada caj lagi. Stripe menyimpan rekod transaksi mengikut kewajipan undang-undangnya.
Anda boleh minta akses, pembetulan atau pemadaman data, dan export order anda ke CSV bila-bila masa dari Tetapan. Emel hello@tempahkek.com untuk sebarang permintaan.
Jika notis ini berubah dengan ketara, kami akan maklumkan dalam app atau melalui emel.