← TempahKek
Terma Penggunaan
Versi 2 · Kemas kini: 17 Oktober 2026 · Miracle Mikhael Enterprise
1. Perkhidmatan
TempahKek ialah alat untuk home baker dan kedai kek mengurus order, kuota harian, slot pickup dan rekod deposit/baki. Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan terma ini dan Notis Privasi.
2. Harga & langganan
- Percubaan percuma: akaun baharu dapat percubaan percuma 14 hari tanpa kad kredit.
- Yuran: RM19 sebulan atau RM190 setahun (termasuk semua ciri). Harga dalam Ringgit Malaysia.
- Pembayaran: diproses oleh Stripe. Kami tidak menyimpan nombor kad anda. Langganan diperbaharui secara automatik pada setiap tempoh (bulanan atau tahunan) sehingga dibatalkan.
- Jika anda langgan semasa percubaan, caj pertama dibuat bila percubaan tamat. Dalam 2 hari terakhir percubaan, caj pertama dibuat serta-merta (kami tanya dulu).
- Pembatalan: batal bila-bila masa di Tetapan → Langganan → Urus langganan. Pembatalan berkuat kuasa pada hujung tempoh yang sudah dibayar; anda kekal boleh guna sehingga tarikh itu.
- Bayaran balik: tiada bayaran balik untuk tempoh separa atau yang tidak digunakan, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
- Jika langganan tamat atau bayaran gagal: data anda kekal dan anda masih boleh log masuk, urus order sedia ada dan export CSV, tetapi link order berhenti menerima order baharu sehingga anda melanggan semula.
- Perubahan harga: kami akan beritahu melalui emel sekurang-kurangnya 30 hari sebelum harga baharu terpakai pada langganan anda.
- Padam akaun membatalkan langganan TempahKek anda serta-merta, tanpa bayaran balik untuk baki tempoh.
3. Duit customer anda
TempahKek tidak memegang atau memproses duit. Customer bayar terus ke akaun/DuitNow kedai anda. TempahKek hanya merekod bayaran yang anda atau customer masukkan. Anda bertanggungjawab menyemak bayaran sebenar masuk sebelum mengesahkan order.
4. Tanggungjawab anda
- Jaga kata laluan anda dan maklumat dalam akaun anda tepat.
- Dapatkan izin customer untuk menyimpan maklumat mereka dan gunakannya hanya untuk urusan order.
- Jangan guna TempahKek untuk menjual barang yang menyalahi undang-undang, spam atau penipuan.
- Anda bertanggungjawab ke atas produk, harga, kualiti dan penghantaran kek anda.
5. Ketersediaan
Kami berusaha supaya TempahKek sentiasa berfungsi, tetapi tiada jaminan 100% tanpa gangguan. Export order anda ke CSV secara berkala sebagai simpanan sendiri.
6. Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung (contoh: order terlepas, untung hilang) akibat penggunaan atau gangguan perkhidmatan. Liabiliti kami terhad kepada jumlah yuran langganan yang anda bayar dalam 12 bulan sebelum tuntutan, atau RM100, mengikut mana yang lebih tinggi.
7. Penamatan
Anda boleh berhenti bila-bila masa dan padam akaun di Tetapan. Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini.
8. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Soalan: hello@tempahkek.com.