TempahKekAlat percuma
Percuma · tak perlu daftar

Alat Percuma untuk Home Baker

Alat kecil untuk kerja harian dapur kek: kira harga yang betul dan kumpul maklumat order dengan kemas. Semua berjalan dalam browser anda.

Kemas kini: · Oleh TempahKek

Kalkulator harga kek: untuk siapa

Untuk baker yang selama ini letak harga ikut agak-agak atau ikut harga kawan. Masukkan harga bahan ikut pek (contohnya mentega 250 g RM12) dan berapa banyak yang digunakan, kemudian kos kotak, gas/elektrik dan upah sejam anda.

Anda dapat jumlah kos sebiji, harga jual cadangan ikut margin untung, harga sepotong dan untung sebiji. Hasilnya boleh dicetak atau disimpan sebagai PDF. Buka kalkulator harga kek.

Borang tempahan kek WhatsApp: untuk siapa

Untuk baker yang terima order dalam chat dan selalu kena tanya balik "nak ambil hari apa?" atau "tulisan apa?". Pilih maklumat yang anda perlukan, tulis syarat deposit dan berapa hari awal customer perlu order.

Anda dapat templat mesej sedia salin, dan link wa.me yang buka WhatsApp kedai dengan borang sudah ditaip, sesuai untuk bio IG atau status. Buat borang tempahan kek.

Kedua-dua alat berjalan dalam browser anda. Apa yang anda taip disimpan dalam peranti anda sahaja, tidak dihantar ke server kami.

Bila order makin banyak

TempahKek ialah sistem order untuk home baker dan kedai kek kecil: satu link order, kuota harian, papan order ikut tarikh & masa pickup, rekod deposit & baki, dan mesej WhatsApp "kek dah siap" sekali tekan.

Cuba TempahKek percuma

7 hari percuma, tiada kad kredit. Selepas itu RM19 sebulan.